Saturday, December 19, 2009

PERTANDINGAN CATUR TERBUKA TUN SYED ZAHIRUDDIN 2010

Sepertimana yang kita sedia maklum, pada bulan Mac 2009 telah diadakan Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2009.


Jadi, sebagai acara tahunan, pihak kami sekali lagi mengadakan pertandingan ini.
Oleh itu, kami menjemput anda yang berminat untuk bermain catur menyertainya bagi menjayakan Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2010.


Berikut adalah maklumat tentang pertandingan berkenaan:


Tarikh: 28 Februari 2010
Masa: 8 pagi - 6.30 malam
Tempat: Kolej Kesembilan, Kolej Tun Syed Zahiruddin, Universiti Malaya
Syarat-syarat penyertaan:
  1. Terbuka kepada semua lapisan masyarakat tidak kira umur.
  2. Terbuka kepada peserta sama ada mahasiswa/i UM atau mahasiswa/i bukan UM, bukan pelajar universiti i.e. pelajar sekolah menengah, pelajar sekolah rendah, guru-guru, ahli keluarga, etc.
  3. Pertandingan ini diadakan secara berkumpulan, iaitu empat (4) orang setiap kumpulan tanpa pemain simpanan.
  4. Bagi kumpulan Universiti atau Kolej, semua peserta haruslah terdiri daripada pelajar shaja. Staf atau pensyarah tidak dibenarkan.
  5. 50 kumpulan yang awal mendaftar akan berpeluang bertanding. (First come, first serve basis)
  6. Bayaran penyertaan RM 90 bagi setiap kumpulan. (cara pembayaran akan diberitahu kelak)
  7. Borang penyertaan akan diedarkan kepada sesiapa yang berminat melalui emel dengan cara file attachment.
  8. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Februari 2010.
Jadi, adakah anda berminat?
Jika YA, berikan maklumat tentang kumpulan anda seperti:
  1. Nama Kumpulan
  2. Nama Penuh Setiap Peserta
  3. No Kad Pengenalan Setiap Peserta
  4. Universiti @ Kolej yang anda wakili
  5. No Telefon Ketua Kumpulan (agar mudah pihak kami berkomunikasi)
  6. Alamat emel Ketua Kumpulan
Emelkan kepada kami di pctptsz@yahoo.com

Jika anda mempunyai keraguuan dan sebarang pertanyaan, suarakan di blog ini atau melalui emel kami, pctptsz@yahoo.com.



Disediakan Oleh,


Sharifah Itasha Jamalullai binti Syed Nushadil
Pengarah,
Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2010
Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin,
Universiti Malaya
013-7686940

2 comments:

Rayta87 said...

Hi dear..Kak Rheitta here. I luv all the efforts that you are doing for the event. Keep it up ya. I'm proud of you. Show it that a freshie can also organize a big event. Good luck and my prayers are with you.

p/s : luv the new look of the blog too. :-)

azureINavalanche said...

Is it still open for registration?