Setelah berbulan-bulan bertungkus lumus menyiapkan Pertandingan ini.
Akhirnya kami hampir sampai ke penghujung.
Segala penat lelah akan dapat dilihat di
PERTANDINGAN CATUR TERBUKA TUN SYED ZAHIRUDDIN 2009/2010
yang akan dijalankan Ahad ini!
Saya selaku Pengarah Pertandingan ini mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada para PESERTA yang mendaftar ;)
Dan tidak lupa juga kepada AHLI JAWATANKUASA PCTPTSZ ses1 2009/2010.
Mereka merupakan tulang belakng saya.
Ucapan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA dari saya.
Para penonton yang hadir juga akan kami sediakan dengan tontonan filem.
Filem apa? Tungggguuu! ;)
Berikut merupakan aturcara pada hari pertandingan.
ATURCARA PROGRAM
7.45—8.30 am : Pengesahan Pendaftaran peserta
8.30—9.00 am : Taklimat pertandingan oleh En. Hamid, wakil dari Malaysia Chess Federation.
9.00—10.00 am : Pusingan 1
10.00—11.00 am : Pusingan 2
11.00—12.00 pm : Pusingan 3
12.00 —1.30 pm : Makan tengah hari/Rehat
1.30 —2.30 pm : Pusingan 4
2.30 — 3.30 pm : Pusingan 5
3.30 — 4.30 pm : Pusingan 6
4.30 — 5.00 pm : Rehat
5.00 pm : Semua peserta berkumpul di dewan
5.00 — 5.10pm : Ucapan Pengarah (SAYA, wink wink)
5.10 — 5.30 pm : Ucapan Penasihat/Penyelia, Dr Chandran Somasundram.
5.30 — 6.30 pm : Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.
6.30 pm : Majlis bersurai.
Selain daripada itu, pihak penganjur meminta agar peserta membawa resit asal pembayaran semasa pengesahan pendaftaran. Harap Maklum.
Ohh ya, kami ada 3 bilik untuk pemain. Dan ketiga-tiga bilik ada air-cond.
So, kepada yang tidak tahan sejuk, bolehlah membawa sweater bersama ;)
Sekian, terima kasih.
Jumpa anda AHAD ini (28 FEBRUARI 2010)
Yang benar,
Sharifah Itasha Jamalullai binti Syed Nushadil
Pengarah,
Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2009/2010,
Universiti Malaya.
pctptsz@yahoo.com