Thursday, February 25, 2010

THE SHOW MUST GO ON!!

Setelah berbulan-bulan bertungkus lumus menyiapkan Pertandingan ini.
Akhirnya kami hampir sampai ke penghujung.
Segala penat lelah akan dapat dilihat di
PERTANDINGAN CATUR TERBUKA TUN SYED ZAHIRUDDIN 2009/2010
yang akan dijalankan Ahad ini!
Saya selaku Pengarah Pertandingan ini mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada para PESERTA yang mendaftar ;)
Dan tidak lupa juga kepada AHLI JAWATANKUASA PCTPTSZ ses1 2009/2010.
Mereka merupakan tulang belakng saya.
Ucapan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA dari saya.
Para penonton yang hadir juga akan kami sediakan dengan tontonan filem.
Filem apa? Tungggguuu! ;)





Berikut merupakan aturcara pada hari pertandingan.

ATURCARA PROGRAM

7.45—8.30 am           Pengesahan Pendaftaran peserta

8.30—9.00 am           : Taklimat pertandingan oleh En. Hamid, wakil dari Malaysia Chess Federation.

9.00—10.00 am         : Pusingan 1

10.00—11.00 am       : Pusingan 2

11.00—12.00 pm       : Pusingan 3

12.00 —1.30 pm         : Makan tengah hari/Rehat

1.30 —2.30 pm          : Pusingan 4

2.30 — 3.30 pm         : Pusingan 5

3.30 — 4.30 pm         : Pusingan 6

4.30 — 5.00 pm         : Rehat

5.00 pm                    : Semua peserta berkumpul di dewan

5.00 — 5.10pm          : Ucapan Pengarah (SAYA, wink wink)

5.10 — 5.30 pm        : Ucapan Penasihat/Penyelia, Dr Chandran Somasundram.
                                     
5.30 — 6.30 pm        : Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang.

6.30 pm                   : Majlis bersurai.


 Selain daripada itu, pihak penganjur meminta agar peserta membawa resit asal pembayaran semasa pengesahan pendaftaran. Harap Maklum.
Ohh ya, kami ada 3 bilik untuk pemain. Dan ketiga-tiga bilik ada air-cond.
So, kepada yang tidak tahan sejuk, bolehlah membawa sweater bersama ;)


Sekian, terima kasih.
Jumpa anda AHAD ini (28 FEBRUARI 2010)


Yang benar,
Sharifah Itasha Jamalullai binti Syed Nushadil
Pengarah,
Pertandingan Catur Terbuka Tun Syed Zahiruddin 2009/2010,
Universiti Malaya.
pctptsz@yahoo.com

No comments: